Monday, October 15, 2018

KGPT Hulurkan Bantuan Kemanusian di Kg. Air Semporna


Kelab Gemilang Pendidikan Tawau (KGPT) tampil menghulurkan bantuan kemanusian 18 "bundle" pakaian terpakai kepada mangsa kebakaran di Kg. Air Semporna.

Pengerusinya Akhmad Monggoh berkata sumbangan itu disampaikan pada 3 Ogos dan diserahkan di Dewan Belia Semporna, pusat penempatan sementara mangsa kebakaran.

"Bantuan ini disalurkan sebagai sebahagian khidmat masyarakat kelab kita untuk membantu meringankan beban mangsa kebakaran," katanya di sini pada Rabu.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi KGPT Tahir Sulong, Setiausaha Ramlan Bakar serta ahli jawatankuasa Mohd Hatta Anuar, Syed Mahmod Syed Asan dan Ariffin @ Zainuh Dahan.

Akhmad berkata pihaknya menerima sumbangan berkenaan daripada sebuah syarikat swasta di Tawau iaitu, Hock Tat Import and Export Sdn Bhd.

"KGPT bergiat aktif dalam bidang sosial dan kebajikan, manakala keahliannya terdiri daripada pesara guru besar, guru-guru, polis dan penjawat awam lainnya," katanya.






0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2018 Kelab Gemilang Pendidikan Tawau (KGPT) | Designed By Templateclue | Distributed By Gooyaabi Templates
Scroll To Top